Permintaan terakhir...

Bismillah hirohmannirohim...
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

Dengan penuh keinsafan saya meneruskan cerita kelmarin mengenai jiran saya..
INNALILLAHHIWAINNAILLAHIROJIUN....
Daripada Allah kita datang kepadanya jua tempat kita kembali...semuga kembalinya kita di kurniakan Allah di dalam husnul khatimah...
AL FATIHAH buat aruah jiran saya Puan ju yang telah kembali ke pangkuan yang esa sewaktu azan asar berkumandang semalam di kampung halamannya sungai siput..perak...
bila telah tiba saatnya kita kembali tidak di lewatkan Allah atau di percepatkan walau sesaat itulah yang telah tertulis di Loh mahfuz Allah lebih menyayanginya..
Buat seluruh ahli keluarga redhakan pemergiaannya dengan iringan ayat-ayat suci dan doa semuga roh aruah di tempatkan bersama para solohin....

kita manusia tidak pernah akan dapat  menyingkap rahsia Allah....
kak Ju yang pukul 6.00 petang kelmarin sedang elok mengayuh basikal melalui hadapan rumah saya pulang dari kerja dengan selalu memlemparkan seyuman...telah pergi untuk selama-lamanya..
aruah yang saya pangku di ribaan untuk di bawa ke hospital...rupanya itulah khidmat terakhir yang dapat saya berikan sebagai seorang jiran....tidak kita sangka yang kita sangka sakit biasa2...rupa-rupanya aruah sedang bertarung beberapa jam saat terakhir kehidupannya..

Jam 9.00 malam aruah di kejarkan ke hospital IPOH...di sana di ketahui bahawa darah beku di otak aruah telah pecah...dan pihak hospital membenarkan di bawa pulang aruah kerana pihak hospital tidak dapat melakukan apa-apa dan menurut pengetahuan perubatan mereka peluang aruah untuk terus hidup adalah tipis...namun semuanya hanyalah asbab pada sebuah kematian...dan hakikatnya taqdir Allah saat pemergiaannya semakin hampir...

semalam di bawa dengan ambulan ke rumah keluarga di kampung Sg Siput sebaik sampai di perkarangan rumah dan ketika itu azan asar berkemudangan...Aruah pergi menghadap yang maha kuasa...
innalillahiwainnaillahirojiiun......

Telah sampai masa untuknya......
qalbu bebicara bila tiba saat untukku....
apa yang akan aku tinggalkan...apa yang akan aku bawa....
wahai putera puteriku...maafkan jika ada sebarang kejahilan dan compang camping dalam aku mendidik kalian............
Andai tiba masa saat ibu pergi....solatkan dan iringlah jenanazah ibu ke perjalanan abadi...
Jagalah aurat ibu jangan sampai terlihat kepada yang bukan mahram...
Mohonkan keampuanan kepada semua bagi pihak ibu...
Andai ada yang terhutang tolonglah menjelaskannya...
Panjatkanlah selalu doa dan sedekahkah ayat2 suci buat ibu di alam barzah...
Sesungguhnya di sana saban waktu ibu akan menanti doa2 kalian...
Hiduplah di dunia ini dengan penuh keredhaan Allah..
Jauilah segala larangannya..

Ya Allah...ya rahaman ya rahim.....
ampunkan dosa-dosa ibu ayah kami..
ampunkan dosa-dosa kami...
ya Allah tuhan yang mengasihi kami lebih dari siapa-siapa yg mengasihi kami..
ya Allah tuhan yg mencintai kami.. lebih dari siapa-siapa yg mengasihi kami..
ya Allah tuhan yang menyayangi kami.. lebih dari siapa-siapa yg mengasihi kami..
ampinilah dosa-dosa kami...
24 jam kami berbuat dosa 24 jam kau bukakan pintu taubat untuk kami..
Pengasih dan penyayangnya engkau ya Allah..

Ya Allah ramai orang-orang sekeliling kami yang meninggalkan kami tanpa bertaubat kepadamu..
masih ramai anak-anak muda, kaum keluarga kami,saudara seisalam kami ,yang leka dengan keseronokkan..
yang lalai dalam menigatimu ya Allah..
berilah hidayah kepada kami dan mereka ya Allah..
ya Allah ampunkanlah  salah dan silap kami..
ya Allah ampunkan dosa-dosa  kami..
ya Allah kalau kami mati hari ini 
kami tidak tahu apa nasib kami di akhirat...
Ya Allah campakkanlah kasih sayang ke dalam hati-hati kami..
janganlah  kami bermusuh kerana dunia..
Malu dan hinanya kami jika kami bermusuh kerana dunia...
jika  kami  bergaduh kerana wang kerana pangkat kerana kemasyuran,kerana tanah kerana kuasa
ya Allah jangan kau biarkan kami bergaduh kerana dunia...

ya Allah jangan biarkan kami...
ya Allah pimpinlah kami ..
ya berilah hidayah kepada kami ibu bapa kami ,adik beradik kami,anak-anak kami,suami-suami dan isteri-isteri kami, kaum keluarga kami,sahabat handai kami dan seluruh muslimin dan muslimat...

Ya  Allah kau rezekikanlah
kami dan ahli keluarga kami untuk syahid di jalanmu..
amin..amin ya rabbal alamin...






Comments

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Bercuti di Bukit Tinggi

Jumaat Terakhir